SOALAN LAZIM
Adakah perniagaan ini merupakan syarikat MLM, Direct Selling, Skim Pelaburan atau Skim-skim dalam internet?
Bukan, perniagaan ini adalah perniagaan jualan yang biasa. Bukan pelaburan yang menjanjikan pendapatan tetap. Kami menawarkan komisen dan keuntungan jualan produk kepada setiap wakil jualan. Tiada pendapatan harian tetap, segalanya bergantung kepada kesungguhan usaha dan strategi anda. Anda bekerja untuk diri anda sendiri.
Kenapakah anda tidak menjual sahaja barangan ini tanpa memberikan apa-apa insentif kepada ahli?
Sebenarnya terpulang kepada saudara untuk membeli produk kami ataupun tidak. Kami cuma ingin berkongsi keuntungan dan mengembangkan lagi pendapatan anda. Walaupun potensi pendapatan anda tidaklah sehingga puluhan atau ratusan ribu, tetapi cukuplah sekadar mampu menampung keperluan kehidupan seharian. Keutamaan kami ialah agar ramai yang mampu mendapat hasilnya nanti.
Bagaimana kami ingin memperolehi produk anda?
Produk boleh didapati dengan membuat tempahan terlebih dahulu samada melalui wakil jualan yang sah atau melalui laman web. Kami akan cuba untuk senantiasa mengemaskini produk-produk terbaru untuk anda.
Sekiranya saya berminat hendak menyertai perniagaan ini, apakah yang perlu saya lakukan?
Mudah sahaja, anda hanya perlu mendaftar untuk menjadi wakil jualan, buat bayaran kepada nombor akaun yang terdapat dalam laman web ini. Selepas itu anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran. Anda akan menerima ID dan risalah perniagaan sebagai wakil jualan yang sah.
Saya dapati terdapat banyak lagi program-program yang menawarkan pendapatan sehingga mencecah jutaan ringgit dan pelbagai lagi, mengapa sistem perniagaan anda hanya menawarkan pendapatan sehingga RM4,280.00?
Kami mengutamakan kuantiti mereka yang memperolehi pendapatan lumayan. Jika RM1,000,000.00 dibahagi-bahagikan, pasti ramai lagi yang akan meperolehi pendapatan lumayan juga. Sebab itulah kami hanya menawarkan sehingga level 4 sahaja, dan setiap wakil hanya perlu mendaftar 4 orang wakil baru sahaja. Lebih logik dan cepat. Tidak perlu menunggu sehingga level 7 atau 10 untuk menerima pendapatan.
Bagaimana komisen dibayar?
Sistem kami akan memastikan komisen anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setiap bulan (bergantung kepada jumlah komisen terkumpul dalam akaun wakil) dan dilakukan melalui sistem online. Komisen yang dibayar ke akaun selain CIMB akan ditolak RM2 sebagai cas pindahan wang. Anda digalakkan membuka akaun CIMB untuk tujuan pembayaran komisen.
Boleh tak saya membuka lebih dari satu akaun?
Kami tidak menghalang anda untuk membuka lebih dari satu akaun. Anda hanya perlu menggunakan nama dan no.k/p individu yang berbeza bagi setiap pendaftaran. Menggunakan no.akaun bank yang sama tidak menjadi masalah.
Jika saya telah membuat pendaftaran sebanyak RM40.00, perlukah saya membuat pendaftaran ulangan setiap bulan atau tahun?
Tidak perlu. Pendaftaran cuma sekali sahaja seumur hidup. Sistem kami 'auto maintain'. Anda tidak perlu membuat bayaran ulangan untuk menerima komisen.
Adakah anda memberi jaminan bahawa saya akan mendapat pendapatan tersebut seperti jadual pelan yang dinyatakan?
Tidak, ini bukan skim-skim yang saya nyatakan seperti sebelum ini. Tetapi ini adalah perniagaan sampingan yang kami jalankan. Berkenaan pendapatan tersebut, ia adalah berdasarkan usaha anda sendiri, tidak ada had untuk anda mencari orang bawahan, semuanya terpulang pada anda untuk menentukannya.
Sekiranya saya mempunyai pertanyaan yang lain, di mana saya boleh hubungi?
Anda bolehlah menghubungi kami melalui e-mail, Insya Allah kami akan memberi respon dengan segera. Atau anda boleh menghubungi terus ke talian Hotline kami.